Tuesday, October 18, 2011

2 minggu + 4 hari +2 pasar malam + 4 kali + 1 girl = broken heart



ye sudah sekian lama tak update n tulis blog... dulu nak tulis blog tp rasa tak de nak cerita apa pon sbb bukan ramai pon yg follow aku pon( entah tak de org pon baca). so ari ni rasa mcm nak tulis panjang gak la sbb nak crita cerita sikit(luahan perasaan yg betulnya).

mcm formula tajuk blog aku ni. 2 minggu + 4 hari +2 pasar malam + 4 kali + 1 girl = broken heart. itu la yg jadi kat aku 2 minngu ni. bab2 luahan suara buat ASSgment aku mls cerita kali ni~

klu korang yg kenal aku lame dah korang akan tau aku ni dah menyingle lame dah. knpa mls la aku cerita.

so ada 1 hari atau lebih tepat 5/10/11 lingkugan 5-7 mlm pada ari rabu kat pasar malam. masa tuh aku baru sampai je pasar mlm, drop kwn mus kat patronas nak cucuk duit kat atm. lepas tuh nak cari parking la, so masa nak kuar dr petronas, aku ternampak sorang girl tuh. dress up simple je tak salah aku sweeter kot kaler nak kelabu2 tak salah aku la. masa tuh aku tak sedar lagi yg aku jatuh hati just rasa tak puas hati rasa nak je tgk dia lg. . so jalan la kat pasar mlm singah la beli nasi lemak kesukaan aku gan member2 bilik aku. mase tu aku mus gan afiq ja yg kuar. tgh tunggu nasi lemak tu mata aku pon mencari2.. sekali nampak dr jauh, hati aku rasa nak behenti. dia pon jalan lintas depan aku n the geng. mase tuh perh mengelek darah aku rasa suka, malu semua ada lah.. dlm hati masa tuh rasa she the one lah!! perasaan mcm first love.. so mase balik aku dah start rasa mcm angau. dah sampai bilik pon aku dah kompom angau asyik teringat dia ja.. kwn2 aku kata selama ni aku tgk girl lain mcm tak de perasaan just mcm toleh then kata "ok/cantik/blh tahan" tak pernah nak memanjang sampai melarat berhari2.. aku ni bukan jenis yg suka terus bom je mintak nombor, klu org kata tak try tak gentleman la.. tp bg aku klu try kena reject masa tuh pergh mesti sakit teramat.

so pada 10/10/11, aku gan acop je pergi pasar malam mus merajuk sbb tak bg dia fly kuar haha~ Sori mus!! haha then aku gerak gan acop. so sampai la pasar mlm masa tu dlm kul 6.30 tak salah la.. baru 5-6 tapak perh nampak lg aku jantung aku dah mcm nak berhenti n mcm nak kena stroke pon ada.. nak luruh jantung beb.. mase tuh jest tgk je la.. so aku kata klu ketiga or empat kali mesti kene gamble gak.. so aku nak tgk ade member2 aku kenal or tak kan, acop cuba la lukis gambar yg dia flash sekali imbas tuh.. so gambar tuh mcm kat atas tuh lah~

so cari2 member aku sorang pon tak kenal pon~ so tp tak putus asa la.. tp hari yg sebelom pasar mlm tuh buat aku tak senang duduk.. so ajak la member pempuan aku untuk tlg aku.. sbb pempuan gan pempuan ni lain sikit dari laki pempuan..

so pada 12/10/11 kuar la ke pasar mlm gan acop n fara.. jalan2 la kat pasar mlm, tp terpisah gan acop lak tinggal aku gan fara je ( to member2 yg nampak kami dua tu jgn assume that kami ada apa2 dia nak tlg aku dgn iklas je) masa tuh dah putus asa nak cari sbb dah petang sangat dah.. memang dah nak balik dah tup2 nampak dia pulak.. aku tunjuk kat fara.. so farah nak follow nak try tegur and adjust sikit kot lah blh berkawan tp mainly untuk aku la.. haha~ thnk fara!! so berkejar2, follow menfollow, masuk kuar kedai tp tak ade peluang, penat habaq ang~ fara berpeluh2, kecian dia, nak beli air milo pon tak sempat~ tak pe la tp at least dah cuba dekat..

hari ke 4 isnin baru2 ni 17/10/11 aku gerak la ke pasar gan acop, mus gan farah, ke pasar, farah kata klu jumpa kali ni nekad habis nak tlg aku.. ronda2 lama gila hari tuh... tp masa tuh dah nak ujan so mcm hampa la sikit, tp masa nak pergi kat kereta aku gan mus nampak dia.. pergh dr nak nekad, hampa n terus seronok tp yg tak best aku jd speechless tuh yg fail.. mus tarik aku suruh follow.. cari farah gan acop, nampak acop n farah tp diorg tak nampak aku nampak girl tuh.. mus pergi join fara ckp gan budak tuh masa tuh ujan dah start turun.. aku terpaku, terkedu semua la, sampai tak blh nak ckp sbb seronok, sbb aku ni jenis klu aku suka kat seseorg tuh aku memang speechless., serius tak tipu. farah pon sembang la.. aku tunggu kat dlm hujan belakang org jual2 sambil perhati dr jauh, bukan tak nak pergi sbb masa tuh memang speechless lah.. so agak rugi la~ then farah dpt fb dia.. rupanya nama dia amalina.

so balik aku pon try add, aku tunggu approve dr mlm tu sampai tengah hari. so sebelom pergi kelas aku harap dia add la, so aku ade sent msg kat dia, yg ber bunyi :

"Salam, awak. Saya lah yang nak berkenalan dengan awak hari itu. Saya harap awak tak berkeberatan untuk berkawan dengan saya.
Kalau awak online, harap awak dapat reply balik message ni.

It's a pleasure to be friend with you, Amalina :-):)"

tp aku rasa msg tu adalah kesilapan besar n dia block aku terus..

so agak kecewa(sbnar memang kecewa gila lah)
so ari ni kira mood agak spoil la.. harap dia approve pon cukup la.. memang heart broken gila,
luka habis~ tp aku tak akan membenci or putus asa~ akan cuba lg!!

tp nak tenang td aku ajak la member2 aku kuar tp mus bz, acop bz, so ajim je ada, kira budak bilik aku ni semua best friend aku.. tak de diorg aku memang sorang2 lah.. ajim tak de dlm cerita kat atas sbb dia tertido petang2.. tp petang ni bila semua bz dia teman aku. n aku ajak fara n wawa untuk lepak2 n thank kpd yg teman aku petang td untuk membuat aku seidkit tenang~
kwan2 yg terlibat aku sayang korang semua!! tanpa korang sapa la aku!!!!!!!
hari esok masih ada!!!
aku tak akan mengalah!!!!!!!

Thursday, April 7, 2011

kerja berganda!!!!!!


ah dah la demam pulak~ dah 3-4 hari tidur lambat sbb nak cari idea nak buat asgment~
ingat dpt la buat asgment dlm 20 page tup2 12 muka jew. rase mcm sikit lak. tp nak buat mcm mane kepala pening takat tu jew la blh buat.

ni ade lg 10 assessment nak dpt~ isnin ni dpt 2 asgment, gan test law~ memang la rabak kepala aku ni~ dpt tak aku bertahan setahun lg ni~ ingat sem 5(hnd2) ni relax tp byk gak kerja~ aduh

Tuesday, April 5, 2011

wah~ bosan

weh dah abis kelas kena p ko-ko la~
dulu mase sekolah kate lepas sambung belajar takde ko-ko, sekolah je ade ko-ko..
tp lani ape semua ade ko-ko.. asik2 kwat, jpa, sukan, rase sekolah lg best la~

Monday, April 4, 2011

arrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ah~ gile ah tension jew lebih, kerje bukan byk pon. ni sbb tak de idea nak buat asgment ni. tp minggu ni gan test la ape la semua buat aku lagi tension. mcm mane la nak tenangkan diri ni~ aduh~

Tuesday, March 8, 2011

event event envent


huh.. baru ade time nak tulis blog ni~ gile ah sibok gila~ ni event kolej bacth aku kene buat. mcm 2 halangan dan dugaan, gaduh sane, gaduh sini, merajuk la, mcm2 la jd. sampai aku pon nak give up. mase first day byk kerje gak la, tolong sane tolong sini. tp plan nak bukak burger cancel tp last minit dpt pulak alatan nak buat burger so aku gan member aku pon ape lagi on je la~

hari kedua tu bukak burger dlm kul3 kot. nak hujan lak tu baru je nak prepare bahan dah ade order, kelam kabut dibuat nye hujan2 pon habis burger. sehari pon dah balik modal(walaupon kwn aku tulis silap harga haha) hari ke tiga memang penat ingat tak ramai leh lepak sekali ambik. tak cukup gak stock burger. tp agak best ah( untuk banyak tp bahagi 7 kan blh la) habis2 tu tidur kaw2 haha

Monday, February 7, 2011

raya cina yg lepas~


setiap kali cuti mesti mcm tak cuti~ kali ni aku kene masuk hospital lak dari hari start mlm jumaat until ahad. pergh tak best langsung. member aku semua blk taiping blh lepak2 aku tersadai kat hospital. dah la kuar je dari hospital dah blk kolej. aduh~ nasib la hari ni tak de kelas gap la sikit.

Tuesday, February 1, 2011

air air air sapa mau air!!


biasa la nak cari duit kan~ so aku gan member aku ni start la meniaga air dlm asrama kitaorg~ sambutan tu blh la sangat. tu pon kat budak junior gan member2 sendiri je.. untuk tu tak la sangat takat 3-4 ringit sehari ( agak2 je ni) blh la nak makan untuk pagi or lunch. air yg kami jual mcm air pop gan air kotak je~

pada asalnye kami ni competitor tegar~ lawan cari customer~ dulu la.. dulu tak berapa masyuk duit tu sbb konsi 3 org. so untuk ni kene la bahagi 3. tp sekarang aku gan competitor aku ni dah join, budak2 lain dah tak de kami due je yg ran air ni. tp ade la jugak budak2 junior yg kcau daun, org jual air diorg pon nak jual. cube la jual bende lain la~ kecian kami rezeki di potong~ tp blh la hidup gak~ bukan marah korang nak jual. tp jgn la potong jalan, korang jual keropok ke, nasi lemak ke lagi laku pade air~ betul tak tipu~ haha~

haha~ harga air yg kami jual~

air botol pop : RM1.50
Air kotak : RM1.00

tak mahal kan~ tak ambik untuk sangat pon~ lol~ hahaa